butir-butir tasbih
Thursday, May 17, 2012
mencari calon isteri?
ramai yang bertanya, kalau saya kenal mana mana anak teruna,
yang mahu mendirikan rumah tangga tapi belum punya calon? ada beberapa calon isteri untuk di khitbah.
yang pasti mereka tentu tentu tidak sempurna. sama macam saya, kau dan dia.
sama la kita.. cuma kita saja perlu menerima orang dengan seadanya.
jadi sesiapa di sini, yang mahu mencari calon untuk di peristerikan. saya ada beberapa profile gadis untuk di lihat lihat.
oh, dan tentu, tanpa gambar untuk tatapan mata umum. atau number telefon untuk di jaja di mana mana.
mereka dari kaum hawa terhormat, kerana itu, saya akan pilih hanya yang sesuai latar belakang untuk di beri peluang.
PROFILE GADIS PERTAMA
Dia berumur 23 thn. asal dr alor setar. orangnya kulit putih tinggi dan kurus. anak sulung. boleh memasak dan melakukan kerja rumah dengan cekap. bekerja sebagai ustazah yang mengajar al quran di alor setar. kerja sampingan ialah mengambil upah menjahit. dari keluarga berpendapatan sederhana. ayah seorang pesawah. pengajian tertinggi di tingkatan 4, atas masalah peribadi, beliau terpaksa berhenti belajar. tapi jangan anggap dia bodoh, dia pelajar cemerlang PMR 9A. dan peperikasaan syahadah tingkatan 4 mendapat jayyid jiddan. seorang yang lembut, lurus hati dan bersopan santun. elok rupa paras dan pekerti. dan tentu calon yang sesuai untuk di buat isteri. dia memerlukan semangat seorang imam dalam rumahtangga untuk menyambung pelajarannya. dan siapa yang mahukan isterinya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, dialah yang paling sesuai orangnya..
PROFILE GADIS KEDUA
Berumur 27 thn. bekerja sebagai pembantu pengarah perpustakaan di Subang Selangor.
orangnya kecil molek dan hitam manis.
pandai mengambil hati orang tua dan sangat setia orangnya.
pendidikan tertinggi adalah ijazah dari uitm.
boleh memasak, dan melakukan kerja kerja rumah.
anak bongsu dari tiga adik beradik perempuan.
lembut dan penyayang, sangat bertoleransi dan beradap.
mudah bergaul dan cepat mesra.
sebagai kawan dan kakak, dia sememangnya terbaik.
PROFILE GADIS KETIGA
Berumur 23 thn. asal perak utara. kulitanya putih gebu, anak bongsu dan kedua ibu bapanya tidak lagi bekerja dan sudah pun tua,
masih belajar dan mengambil ijazah di uitm shah alam. kawan yang baik, kelakar, ramah dan sangat mudah membantu orang lain. orangnya berakhlak mulia. dan sedang mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. sangat setia mengikuti kuliah agama, usrah dan majlis ilmu. dan mungkin dia lebih berkenan mencari orang yang lebih tua serta matang darinya. dia juga mahukan yang beriman dan lebih taqwa untuk membimbingnya. dia mengharapkan bakal imamnya seorang yang kuat semangat juangnya dalam dakwah islamiyah.
PROFILE GADIS KEEMPAT
Berumur 24 thn, tahun terakhir di uitm shah alam. asal dari kedah. anak bongsu. orangnya kecik molek, kurus dan manis, berkulit cerah.
ceria dan sangat penyayang orangnya. kelakar dan sangat mendalam emosinya. pandai melakukan kerja kerja rumah dan kawan yang baik. anak yang taat serta pandai menghormati orang tua dan mengambil hati orang lain.
mudah menolong orang lain dan sangat rajin.
empat gadis ini, untuk kalian nilai. saya bukan buka peraduan ratu cantik ataupun skim cepat kaya. saya hanya membuka peluang, andai ada jalan jalan menemukan jodoh untuk mereka. jadi janganlah di harapkan kejelitaan luaran yang akan saya pamerkan juga pulangan lumayan untuk masa depan. namun saya yakin. saya beri jaminan atas nama persahabatan , saya yang kenal mereka, saya tahu, mereka adalah pilihan sesuai untuk di bawa kepada ibu bapamu sebagai menantu..
persiapkan hantaran untukku
adakah tidak keterlaluan kalau saya minta,
kau persiapkan hantaran untukku,
bukan yang mahal harganya,
tapi bermakna nilainya.
boleh kau tuliskan sebuah alquran,
hasil tulisan tanganmu sendiri,
hadiah untuk memperisterikan aku?
Tuesday, May 8, 2012
update: lelaki gila
maka semalam masih lelaki gila itu menelefon.
tak sudah sudah.
terganggu tidur saya.
bila tak di angkat, laungannya membingit dan tambah rasa marah.
maka selepas saya biar saja telefon menjerit jerit.
sama gila macam pemanggilnya.
lama lama diam panggilan itu.
fuhhh..
lega...
aku sangka tamat sudah seksa jiwa malam ni.
rupanya belum lagi.
mesej masuk.
mesej lucah.
bodoh dan bangsat!
saya memaki sendiri.
bangun pagi.
saya rasa sudah tahap ini sabar saya.
tak tahu apa perlu buat.
nanti malam akan ada lagi panggilan bodoh lelaki gila.
bukan saya tunggu.
tapi sudah jemu.
sudah bengkak.
saya telefon ke celcom centre.
minta block num lelaki gila.
kata operator.
celcom tak ada kuasa menyekat panggilan masuk.
cuma cadangnya
buat saja laporan polis.
leceh.
nak ke seksyen 9.
hanya buat laporan polis.
ada lelaki gila,
selalu buat panggilan lucah?
leceh.
bodoh lelaki gatal.
kau dah susah kan aku!!
bebal hati aku.
mahu saja.
setiap kali panggilan itu aku terima ,
mau aku jerit setiap maki ke telinganya.
lelaki gila.
kadang jangan dilayan gilanya.
nanti dia geram, atau gilanya makin merebak,
habis di cari aku di facebook atau buat gilanya
dengan sesuatu yang makin menyusah aku,
arghh..
kau lelaki gila.
susahkan otak saya.
kusut!
bodoh dan sial.
lalu dek tak tertahan rasa geram dan marah.
saya taip mesej yang panjangnya empat muka.
ku taip lalu kuhantarkan pada dia,
pada lelaki gila.
" saya sudah buat laporan polis bahawa num 016****** selalu mengganggu saya dengan mbuat panggilan lucah terhadap saya. num awak sudah ada dalam simpanan polis.sekali lagi awak mesej , call atau mggunakan num lain sekalipon untuk ganggu saya, pihak polis takkan teragak agak untuk kesan lokasi awak dan tangkap awak. awak boleh dihukum penjara 1 tahun atau denda rm 5000. ini last warning.sekali lagi num awak kacau saya, polis yang akan heret awak ke lokap.sekarang sim saya akan terus tap dan sambung kepada ibu pejabat polis. awak silap orang nak menggatal dgn saya sbb pakcik saya inspektor bahagian jenayah selangor, num awak juga sudah di tap sama ada turut mengganggu orang lain. jangan call sy, mesej sy lagi atau awak teruk nanti dalam lokap"
titik.
dan saya harap lelaki gila sudah dapat kewarasannya.
harap saya juga dah tak di ganggunya.
tak sudah sudah.
terganggu tidur saya.
bila tak di angkat, laungannya membingit dan tambah rasa marah.
maka selepas saya biar saja telefon menjerit jerit.
sama gila macam pemanggilnya.
lama lama diam panggilan itu.
fuhhh..
lega...
aku sangka tamat sudah seksa jiwa malam ni.
rupanya belum lagi.
mesej masuk.
mesej lucah.
bodoh dan bangsat!
saya memaki sendiri.
bangun pagi.
saya rasa sudah tahap ini sabar saya.
tak tahu apa perlu buat.
nanti malam akan ada lagi panggilan bodoh lelaki gila.
bukan saya tunggu.
tapi sudah jemu.
sudah bengkak.
saya telefon ke celcom centre.
minta block num lelaki gila.
kata operator.
celcom tak ada kuasa menyekat panggilan masuk.
cuma cadangnya
buat saja laporan polis.
leceh.
nak ke seksyen 9.
hanya buat laporan polis.
ada lelaki gila,
selalu buat panggilan lucah?
leceh.
bodoh lelaki gatal.
kau dah susah kan aku!!
bebal hati aku.
mahu saja.
setiap kali panggilan itu aku terima ,
mau aku jerit setiap maki ke telinganya.
lelaki gila.
kadang jangan dilayan gilanya.
nanti dia geram, atau gilanya makin merebak,
habis di cari aku di facebook atau buat gilanya
dengan sesuatu yang makin menyusah aku,
arghh..
kau lelaki gila.
susahkan otak saya.
kusut!
bodoh dan sial.
lalu dek tak tertahan rasa geram dan marah.
saya taip mesej yang panjangnya empat muka.
ku taip lalu kuhantarkan pada dia,
pada lelaki gila.
" saya sudah buat laporan polis bahawa num 016****** selalu mengganggu saya dengan mbuat panggilan lucah terhadap saya. num awak sudah ada dalam simpanan polis.sekali lagi awak mesej , call atau mggunakan num lain sekalipon untuk ganggu saya, pihak polis takkan teragak agak untuk kesan lokasi awak dan tangkap awak. awak boleh dihukum penjara 1 tahun atau denda rm 5000. ini last warning.sekali lagi num awak kacau saya, polis yang akan heret awak ke lokap.sekarang sim saya akan terus tap dan sambung kepada ibu pejabat polis. awak silap orang nak menggatal dgn saya sbb pakcik saya inspektor bahagian jenayah selangor, num awak juga sudah di tap sama ada turut mengganggu orang lain. jangan call sy, mesej sy lagi atau awak teruk nanti dalam lokap"
titik.
dan saya harap lelaki gila sudah dapat kewarasannya.
harap saya juga dah tak di ganggunya.
Monday, May 7, 2012
lelaki gila
lama tak update blog.
banyak jugak nak cerita.
ada sorang lelaki gila,
selalu telefon tgh tgh malam.
tgh tgh pagi buta.
lalu mencarut carut,
apa perlu buat ye pembaca?
report polis?
atau selidik siapa dia?
atau publish number dia kat public ?
ke bila dia kol, jerit kuat kuat kt telinga dia?
atau baca ayat quran kat syaitan tu supaya dia terbakar??
heheh
takkan nak off tepon plak malam malam?
atau p celcom centre dan block num dia?
arghh...
lelaki gila.
setan sekali.
nanti kau tahu hukum kau di tangan aku..
nanti..
banyak jugak nak cerita.
ada sorang lelaki gila,
selalu telefon tgh tgh malam.
tgh tgh pagi buta.
lalu mencarut carut,
apa perlu buat ye pembaca?
report polis?
atau selidik siapa dia?
atau publish number dia kat public ?
ke bila dia kol, jerit kuat kuat kt telinga dia?
atau baca ayat quran kat syaitan tu supaya dia terbakar??
heheh
takkan nak off tepon plak malam malam?
atau p celcom centre dan block num dia?
arghh...
lelaki gila.
setan sekali.
nanti kau tahu hukum kau di tangan aku..
nanti..
Wednesday, April 18, 2012
denotasi paling akrab di merta jiwa
akronimnya.
aku bisu menelaah halusnya jiwa kau.
bisu kerana bahasa lidah sudahpun sama kelu,
untuk acapkali ini,
kau harusnya mengerti,
bahasa paling merta.
denotasi terungkap mudah.
sinonim jiwa aku,
bahasa mudahnya
jiwa sudah mati rasa.
tiada sudah galau cinta.
Tuesday, April 10, 2012
sebelasbulanempatduaribuduabelas
11042012
indah.
khabar indah datang menyapa.
sedang aku?
waktu pesan itu datang lewat telefon bimbit.
dari kakak sulung.
tanya bulan 12 adakah aku akan bercuti.
kata aku tak tahu lagi.
kenapa?
kata dia mintak tolong jaga anaknya.
anak?
kepada siapa yang dia maksudkan?
anaknya muhammad hasnain?
kenapa tidak kau bahsakan hasnain?
lalu terus aku ternganga,
apakah harus aku harapkan khabar gembira datang menjelma?
apakah?
tanya aku adakah sudah datang yang kedua?
jawapnya ya.
sebulan usianya.
ALLAHUAKBAR. SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH.
khabar gembira.
tak terkira.
aku mau jerit suka.
melompat dan masih suka.
hasnain . anak sedaraku yang tersayang,
bakal beradik lagi,
yang kedua kan tiba.
hujung tahun ini kukira.
sumpah.. jiwa ini senyum saja.
ku ulang syukur pada Dia.
yang kedua.
sihat sihatlah cinta.
doa bunda ada.
selamat datang cinta,
selamat datang ke halaman jiwa.
* excited yang teramat kakak sulung mengandung lagi.
anak bunda..=)
entri carut jiwa karut
kasihan.
aku lebih kasihan pada kau berbanding diri aku sendiri.
kasihan bila kau dapat apa yang hebat,
lalu kau lupa mau gilap.
kau letak hujung jari kaki,
sekali tersepak,
berkecai,
retak, sumbing.
kasihan.
pada maujud rasa kau dan aku.
kini aku katakan.
aku bilang setahap lalak.
pupus.
pupus,
bahasa cinta antara kau dan aku sudah punah,
pupus.
kriptografi mungkin bisa membantu.
cinta aku pada kau.kosong,
cuma sisa ada waktu aku pandang kau,
cuma hormat sesama manusia.
adat di alam nasut.
Subscribe to:
Posts (Atom)