Saturday, December 24, 2011

Berkat

Minggu lepas, saya bersembang dengan seorang pemandu teksi.

Bercakap tentang…BERKAT.

Berkat ni majmuk. Terlalu banyak dalam hidup kita berkait rapat dengan berkat. Macam pakcik teksi tu cakap. Dia kerja 2 kerja dalam satu masa. Penat, tapi demi nak cari duit, kenalah paksakan diri jugak.

Saya katakan, tak apa, biar penat, biar susah, asalkan rezeki yang dapat itu berkat. Tak guna ambil jalan mudah, tapi rezeki tak berkat. Bagi pulak anak bini, keluarga makan hasil yang tak berkat.

Saya ceritakan pada pakcik itu. Pasal betapa penting berkat. Kalau satu hari nanti kita senang dengan harta yang di mulakan dengan tak berkat, anak bini makan hasilnya. Hati yang bagaimana jadinya kalau di sogokkan rezeki yang tak halal itu? Kalau anak anak meremuk redamkan hati kita, kalau isteri kita menghancurkan hati kita berkeping keping jadinya. Apakah saat itu kita mampu beli tenang jiwa kita dengan duit kita yang berlambak itu?

Sampai di destinasi, perbualan kami terhenti. Moga perkongsian cerita hanya untuk perjalanan kurang dari 10 km dan berjarak beberapa minit bisa terkesan di jiwa saya dan dia.namun saya merasakan isu berkat ini perlu di kupas lebih untuk mata masyarakat.

Kerana berkat jugalah, yang terjadi dan didengar sendiri dari mulut seorang kenalan keluarga saya. Dia seorang pesara polis. Pegawai yang biasa saja, tapi masa dulu agamanya tak cukup kuat untuk pelihara diri nya dari terlibat dengan korupsi. Ya, kata dia, tak perlu hairan, rata rata pegawai setarafnya bagaikan menjadi adat untuk merezekikan anak anak bini dengan hasil korupsi. ‘DUIT KOPI’ atau ‘DUIT BAWAH MEJA’ itulah yang disuap ke mulut anak anaknya yang lima orang.sejak kecil.

Namun kuasa Allah itu lebih besar. 14 tahun mendidik anak anaknya dengan rezeki yang tak berkat, satu persatu ujian di terima. Hati lelaki pun takkan kebal perkasanya kalau di duga sebegini rupanya. Anak sulungnya yang lelaki, di tangkap bila pecah masuk ke rumah orang. Bekas penagih ganja. Tegar dan bagai tak terubati lagi. Baru lepas sekolah. Di ikuti beberapa bulan kemudian, anak kedua yang perempuan pula lari dari rumah, entah kemana hilangnya. Lari bersama kekasih hati.

Soal pendidikan usah la di tanya. Hal persekolahan anak anaknya tak ada suatu pun yang bisa di banggakan. Anak yang ketiga masih di sekolah rendah. Bakal mengambil UPSR, namun langsung tak tahu membaca, menulis dan mengira. Anaknya yang bongsu pula di sahkan mengidap kecacatan pada otak, atau ‘lembab’.

Anak anaknya satu persatu langsung tak memberi kesejukan hati, malahan isterinya pula main kayu tiga, pergaduhan demi pergaduhan dan minta cerai lah yang di sebut sebut, di minta minta oleh isterinya. Hampir setahun lamanya, akhirnya dia melepaskan isterinya dengan talak 1. Anak anak yang lainnya di jaga oleh suami.

Ini kisah yang dating berhadap di depan mata.. pada hakikatnya, masih banyak cerita yang tersimpan dari mata masyarakat. Dihebahkan pun bukanlah untuk mengaibkan, tapi kita mengambir iktibar dari apa yang sepatutnya..

Saya sendiri pernah berkisah dari hati ke hati dengan kenalan. Kata dia , dia datang asal dari keluarga yang susah. Dia tak cukup duit walaupun hanya untuk makan. Kadang kadang dalam keterpaksaan, ada perbuatannya yang menyalahi agama. Kadang dia makan tanpa membayar. Kerana dia tak ada duit untuk membayar. Tapi lama kelamaan dia dapat merasakan hati nya tak tenang. Rasa bersalah. Takut. Dan dia juga menyalahkan diri sendiri bila pelajarannya bermasalah. Apa yang di belajar rasa susah benar untuk di fahami. Kata dia kadang dia menangis kerana takut. Hurm…takut kalau hasil makanan yang haram itu akan merosakkan masa depannya..

Berkat. Itulah yang saya cuba sampaikan. Kesan dan akibat,. Mungkin dalam masa terdekat, kesannya sukar dirasai, tapi dalam jangka masa yang panjang… hati mula menolak apa yang bukan fitrahnya..

Rezeki kita ada,

cuba cubalah di bahagi sama manusia,

di kongsi sesama jiwa.

Agar berkat datang berganda.

Agar jiwa tenang sentiasa.

Carilah berkat, kerana di situ kita cukup dengan segalanya.bersedekah menyemai berkat dalam rezeki. Dan cari juga berkat dalam pembelajaran, kerana dari titik tolak itulah kita mencari rezeki.

Kerana itu ummi Muhammad adif selalu pesan..kaf bar Ro kaf alif ta nun…

‘”KEBERKATAN”

1 comments: